KONVOI KEMBARA MALAYSIA GEMILANG 50 TAHUN MERDEKA
Tarikh : 22 & 23 Ogos 2007 (Rabu & Khamis)
Tempat : MS Garden Hotel/Dewan Jubli Perak
Taman Kerang
Vroom.....Vroom....Vroom. Superbike menggegar bandar Kuantan.
Lebih 500 buah motosikal berkuasa tinggi, semuanya 750 cc ke atas telah tiba pada 22 Ogos 2007 jam 7.30 petang di Hotel MS
Garden dalam konvoi yang dinamakan Kembara Malaysia Gemilang 50 Tahun Merdeka.
Kelab ERC telah dijemput oleh Pahang Bikers untuk hadir
bersama-sama kelab motor lain sekitar Kuantan bagi memeriahkan acara sambutan konvoi tersebut. Setelah itu, pihak
kami telah dijemput menyertai jamuan makan malam di Dewan Jubli Perak yang telah disediakan oleh Kerjaan Negeri Pahang.
Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato' Tan Aminuddin telah
hadir mewakili MB Besar Pahang bagi memeriahkan acara. Selain Kelab ERC, Kelab Vespa, Kelab Motor Klasik dan Kelab Skuter
lain turut dijemput.
Pada pagi 23 Ogos 2007 , bertempat di Taman Kerang
Kuantan pula, acara melepaskan konvoi telah diadakan jam 8.30 pagi. Ahli Kelab ERC telah berkumpul di hadapan Stadium Darul
Makmur bersama Kelab motor yang lain dan telah berkonvoi hingga ke Taman Kerang untuk menunggu Konvoi Merdeka tiba. Jam 10.45
pagi, konvoi tersebut telah berlepas. Konvoi ini merupakan konvoi terbesar bagi acara konvoi Merdeka pada tahun ini di mana
selain dari Malaysia, ia turut disertai oleh negara Indonesia, Singapura dan Jerman. Ini menjadikan satu kenangan abadi buat
peminat motor di bandar Kuantan. Merdeka Kita.....
Aturcara Program
22 Ogos 2007 (Rabu)
-
6.00 pm - Berkumpul di Taman Kerang
-
6.30 pm - Bertolak ke MS Garden Hotel
-
7.30 pm - Konvoi Merdeka tiba
-
8.00 pm - Bertolak ke Dewan Jubli Perak
-
8.45 pm - Konvoi Merdeka tiba dari MS Garden Hotel
-
9.00 pm - Jamuan makan dimulakan
-
11.00 pm - Bersurai
23 Ogos 2007 (Khamis)
-
7.30 am - Berkumpul di hadapan Stadium Darul Makmur
-
8.30 am - Bergerak ke Taman Kerang
-
10.45 am - Konvoi Merdeka berlepas ke Terengganu
-
11.00 am - Bersurai